KE LAMAN WEB LEMBAGA BANDARAN KUDAT KE LAMAN WEB LEMBAGA BANDARAN KUDAT
PROGRAM JELAJAH ASPIRASI MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN KE LEMBAGA BANDARAN KUDAT

2026-06-11

KUDAT, 9 Jun – Lembaga Bandaran Kudat (LBK) telah menerima kunjungan Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, menerusi Program Jelajah Aspirasi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Simpang Mengayau, LBK
Program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kementerian dan pihak berkuasa tempatan serta meninjau pelaksanaan perkhidmatan dan pembangunan di daerah Kudat. Kehadiran menteri turut disertai beberapa pemimpin negeri dan wakil rakyat.
Sepanjang lawatan, rombongan telah diberikan taklimat ringkas mengenai pencapaian, cabaran serta perancangan pembangunan oleh pihak pengurusan LBK. Menteri juga berpeluang berinteraksi dengan kakitangan serta menyampaikan amanat berkaitan usaha mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat
Program diakhiri dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderamata dan jamuan mesra yang mempereratkan lagi kerjasama antara kementerian dan warga Lembaga Bandaran Kudat.