PROGRAM JELAJAH ASPIRASI MENTERI KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN KE LEMBAGA BANDARAN KUDAT
KUDAT, 9 Jun – Lembaga Bandaran Kudat (LBK) telah menerima kunjungan Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Datuk Haji Mohd Arif, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, menerusi Program Jelajah Aspirasi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Simpang Mengayau, LBK. Program ini bertujuan memperkukuh hubungan antara kementerian dan pihak berkuasa tempatan serta meninjau pelaksanaan perkhidmatan dan pembangunan di daerah Kudat. Kehadiran menteri turut disertai beberapa pemimpin negeri dan wakil rakyat. Sepanjang lawatan, rombongan telah diberikan taklimat ringkas mengenai pencapaian, cabaran serta perancangan pembangunan oleh pihak pengurusan LBK. Menteri juga berpeluang berinteraksi dengan kakitangan serta menyampaikan amanat berkaitan usaha mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Program diakhiri dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderamata dan jamuan mesra yang mempereratkan lagi kerjasama antara kementerian dan warga Lembaga Bandaran Kudat.
Program Komuniti Hijau “Rakan Lestari
KUDAT, 23 Mei — Program Komuniti Hijau “Rakan Lestari” anjuran Lembaga Bandaran Kudat berlangsung meriah di Pantai Simpang Mengayau dengan penyertaan masyarakat setempat dan pelbagai agensi. Program ini menampilkan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pantai, penanaman pokok, kitar semula serta aktiviti komuniti bagi memupuk kesedaran menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar. Turut hadir, YB Datuk Chong Chen Bin @ Ben Chong yang bersama-sama turun padang menyertai aktiviti pembersihan pantai bersama peserta program. Program ini diharap dapat mengeratkan hubungan komuniti serta menjadikan persekitaran lebih bersih, indah dan sihat.
LAWATAN SESB KUDAT
KUDAT, 9 April 2026 – Sabah Electricity Zon Utara telah mengadakan lawatan rasmi ke Lembaga Bandaran Kudat pada jam 9.00 pagi. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan mengenai kecekapan tenaga, keselamatan elektrik serta pematuhan undang-undang terkini. Selain itu, ia juga mengeratkan kerjasama dan membuka ruang perbincangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
2025-07-22
Hari Bertemu Pelanggan Bagi Daerah Kecil BanggiTarikh 24 Julai 2025, Masa : 8.30 Pagi, Tempat : Pasar Malam Daerah Kecil Banggi, LBK



