Makluman / Pengumuman

SELAMAT DATANG KE LAMAN SESAWANG RASMI LEMBAGA BANDARAN KUDAT


# Dukacita dimaklumkan talian pejabat 088-624600 telah diperbaiki. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Pelanggan yang dihormati.
Anda dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan sepanjang berurusan di pejabat Lembaga Bandaran Kudat.

Sudut Tambahan

LEMBAGA BANDARAN KUDAT

Perutusan


MOHD RAFIK HJ. ABDUL JUBAR
PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA BANDARAN KUDAT

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke laman sesawang rasmi Lembaga Bandaran Kudat (LBK). LBK amat mengalu-alukan semua pelanggan yang berkunjung ke laman ini untuk mendapatkan seberapa banyak informasi yang tepat, sahih dan terkini mengenai jabatan ini. Sebagai medium penyebaran utama maklumat organisasi kepada para pelanggan, tidak dapat dinafikan betapa pentingnya bagi sesebuah organisasi memiliki laman sesawang yang mempunyai ciri-ciri mesra pelanggan dan sarat dengan maklumat. Semoga LBK dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Kudat dan pelanggan melalui segala transformasi dan inovasi dalam sistem penyampaian yang didokong oleh teknologi ICT. Sekian, terima kasih.

Sejarah Penubuhan

Lembaga Bandaran Kudat ditubuhkan dibawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 ( No. 11 Tahun 1961) pada 02 Januari 1962 dengan nama Majlis Daerah Kudat ( Kudat District Council ). Sebelum dari tarikh tersebut ( 1962 ) semua Pihak Berkuasa Tempatan dikenali sebagai Sanitary Board ( Kudat Sanitary Board ). Bagaimanapun, melalui Enakmen Lembaga Bandaran Kudat ( Pertukaran Taraf ) 1982 dan Suratcara Lembaga Bandaran Kudat 1982 yang berkuatkuasa pada 01 Januari 1983 , Majlis Daerah Kudat dinaiktaraf kepada Lembaga Bandaran Kudat.

Maklumat Tambahan LEMBAGA BANDARAN KUDAT

Klik ini

Pautan Pantas

Galeri

Galeri LEMBAGA BANDARAN KUDAT. Bagi paparan arkib galeri sila klik arkib galeri

DISINFEKSI_HARIAN_08122020

DISINFEKSI_HARIAN_08122020

DISINFEKSI_HARIAN_08122020

DISINFEKSI_HARIAN_08122020

DISINFEKSI_HARIAN_08122020

PROGRAM_MENANAM_POKOK_BUNGA_RAYA_2020

PROGRAM_MENANAM_POKOK_BUNGA_RAYA_2020

PROGRAM_MENANAM_POKOK_BUNGA_RAYA_2020

PROGRAM_MENANAM_POKOK_BUNGA_RAYA_2020

PROGRAM_MENANAM_POKOK_BUNGA_RAYA_2020

PROGRAM_MENANAM_POKOK_BUNGA_RAYA_2020

PROGRAM_MENANAM_POKOK_BUNGA_RAYA_2020

Mengenali Kami

Lembaga Bandaran Kudat merangkumi 5 bahagian utama yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kewangan, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar. Kesemua bahagian di mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri dan akan di terangkan di bahagian peranan dan tanggungjawab jabatan di bawah. Secara keseluruhannya khidmat yang diberikan oleh semua bahagian ini melibatkan perkhidmatan kepada pelanggan dan orang awam khususnya yang berada di daerah Kudat.

Media Paparan Video

PROGRAM KESEDARAN KEBERSIHAN PBT BERSAMA KOMUNITI DAERAH KUDAT 2020, PADA 10 SEPTEMBER 2020 BERTEMPAT DI ESPLANED SIDEK KUDAT YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH Y.BHG DATUK HAJAH MASNAH BTE MAT SALLEH, SETIAUSAHA TETAP KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN NEGERI SABAH

Posted by Lembaga Bandaran Kudat on Jumaat, 11 September 2020

VISI DAN MISI JABATAN

VISI
Ke arah bandar yang terancang, sejahtera dan berbudaya

MISI
Menjadikan Lembaga Bandaran Kudat sebuah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang indah, bersih, sesuai didiami dan menjadi destinasi perlancongan rekreasi serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas masyarakat di samping itu menjadikan Lembaga Bandaran Kudat ke arah mencapai Majlis Perbandaran menjelang tahun 2027.


PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN

Bahagian Pengurusan

Lembaga Bandaran Kudat akan sentiasa meningkatkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan dan orang awam agar kepuasan dan keselesaan diberikan sewaktu berurusan di pejabat mahupun di luar pejabat. Segala maklumat yang dikongsi di bahagian ini diharap dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh semua pelawat dan pelanggan berkaitan dengan Pengurusan dan Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami.

MOHD RAFIK HJ. ABDUL JUBAR

PEGAWAI EKSEKUTIF

KETUA JABATAN

JORIANA AGUN

PEN. PEG. EKSEKUTIF / CIO

KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN

FAZIDAH HJ. ALIAS

PEN. PEG. AKAUNTAN

KETUA BAHAGIAN KEWANGAN

MARIANI MASRANI

PEN. PEG. PENGUATKUASA

KETUA BAHAGIAN PENGUATKUASA

NURUL ASYIKIN SAUDIN

JURUTERA

KETUA BAHAGIAN KEJURUTERAAN

JICKY HJ. JURAN

PEN. PEG KESIHATAN PERSEKITARAN

KETUA BAHAGIAN KESIHATAN & PERKHIDMATAN BANDAR

PERKHIDMATAN KAMI :

Waktu Operasi Pejabat
Isnin - Khamis = 8.00 Am - 1.00 Pm , 2.00 Pm - 5.00 Pm
Jumaat = 8.00 Am - 11.30 Am, 2.00Pm - 5.00 PM
Sabtu & Ahad = Cuti
________________________________________________________________
Waktu Operasi Kaunter Pembayaran
Isnin - Khamis = 8.00 Am - 3.00 Pm
Jumaat = 8.00 Am - 11.30 Am, 2.00Pm - 3.00 PM
Sabtu & Ahad = Cuti

Lebih Lanjut

SENARAI KEMUDAHAN YANG BOLEH DISEWA
*Dewan, Pentas, Gelanggang Badminton, Gelanggang Basketball
*P.A Sistem
*Bilik Mesyuarat
*Kerusi (Kegunaan di dalam dewan sahaja)
*Padang Bola
DOWNLOAD : Maklumat Kadar Sewaan ________________________________________________________
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan tempahan sewaan.

Lebih Lanjut

Bahagian ini menerangkan beberapa soalan lazim yang sering diutarakan oleh pelanggan dan orang awam terhadap jabatan kami:

Lebih Lanjut

DIKEMASKINI : 03/05/2021 , 11.00AM

Lembaga Bandaran Kudat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman sesawang ini.

JUMLAH PELAWAT SEMENJAK 31/12/2020

web counter


Paparan terbaik menggunakan pelayar web versi terkini dengan resolusi minima 1366x768
Lembaga Bandaran Kudat menghormati sepenuhnya privasi anda semasa mengunjungi laman web ini. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

PETA LAMAN
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai yang telah diakui keselamatannya oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Untuk maklumat lanjut sila rujuk
http://www.sgcert.org/policy.html

Ingin menyampaikan cadangan atau komen anda terhadap kami?

Jabatan sangat mengalu-alukan maklum balas dari pihak anda. Langkah mudah skrol ke bawah dan masukkan cadangan / komen.

Maklumat Perhubungan

LEMBAGA BANDARAN KUDAT
( KUDAT TOWN BOARD )
Peti Surat No.201,
89058 Kudat, Sabah,
Malaysia
Email: aduan.mdkdt@sabah.gov.my
T: 088-624600
F: 088-613706