MOHD RAFIK HJ. ABDUL JUBAR
PEGAWAI EKSEKUTIF LEMBAGA BANDARAN KUDAT
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke laman sesawang rasmi Lembaga Bandaran Kudat (LBK). LBK amat mengalu-alukan semua pelanggan yang berkunjung ke laman ini untuk mendapatkan seberapa banyak informasi yang tepat, sahih dan terkini mengenai jabatan ini. Sebagai medium penyebaran utama maklumat organisasi kepada para pelanggan, tidak dapat dinafikan betapa pentingnya bagi sesebuah organisasi memiliki laman sesawang yang mempunyai ciri-ciri mesra pelanggan dan sarat dengan maklumat. Semoga LBK dapat terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Kudat dan pelanggan melalui segala transformasi dan inovasi dalam sistem penyampaian yang didokong oleh teknologi ICT. Sekian, terima kasih.
Lembaga Bandaran Kudat ditubuhkan dibawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 ( No. 11 Tahun 1961) pada 02 Januari 1962 dengan nama Majlis Daerah Kudat ( Kudat District Council ). Sebelum dari tarikh tersebut ( 1962 ) semua Pihak Berkuasa Tempatan dikenali sebagai Sanitary Board ( Kudat Sanitary Board ). Bagaimanapun, melalui Enakmen Lembaga Bandaran Kudat ( Pertukaran Taraf ) 1982 dan Suratcara Lembaga Bandaran Kudat 1982 yang berkuatkuasa pada 01 Januari 1983 , Majlis Daerah Kudat dinaiktaraf kepada Lembaga Bandaran Kudat.
Galeri LEMBAGA BANDARAN KUDAT. Bagi paparan arkib galeri sila klik arkib galeri
Lembaga Bandaran Kudat merangkumi 5 bahagian utama yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Kewangan, Bahagian Penguatkuasa, Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar. Kesemua bahagian di mempunyai peranan dan fungsinya yang tersendiri dan akan di terangkan di bahagian peranan dan tanggungjawab jabatan di bawah. Secara keseluruhannya khidmat yang diberikan oleh semua bahagian ini melibatkan perkhidmatan kepada pelanggan dan orang awam khususnya yang berada di daerah Kudat.
VISI
Ke arah bandar yang terancang, sejahtera dan berbudaya
MISI
Menjadikan Lembaga Bandaran Kudat sebuah kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang indah, bersih, sesuai didiami dan menjadi destinasi perlancongan rekreasi serta lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas masyarakat di samping itu menjadikan Lembaga Bandaran Kudat ke arah mencapai Majlis Perbandaran menjelang tahun 2027.
Lembaga Bandaran Kudat akan sentiasa meningkatkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pelanggan dan orang awam agar kepuasan dan keselesaan diberikan sewaktu berurusan di pejabat mahupun di luar pejabat. Segala maklumat yang dikongsi di bahagian ini diharap dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh semua pelawat dan pelanggan berkaitan dengan Pengurusan dan Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kami.
KETUA JABATAN
KETUA BAHAGIAN PENTADBIRAN
KETUA BAHAGIAN KEWANGAN
KETUA BAHAGIAN PENGUATKUASA
KETUA BAHAGIAN KEJURUTERAAN
KETUA BAHAGIAN KESIHATAN & PERKHIDMATAN BANDAR
Waktu Operasi Pejabat
Isnin - Khamis = 8.00 Am - 1.00 Pm , 2.00 Pm - 5.00 Pm
Jumaat = 8.00 Am - 11.30 Am, 2.00Pm - 5.00 PM
Sabtu & Ahad = Cuti
________________________________________________________________
Waktu Operasi Kaunter Pembayaran
Isnin - Khamis = 8.00 Am - 3.00 Pm
Jumaat = 8.00 Am - 11.30 Am, 2.00Pm - 3.00 PM
Sabtu & Ahad = Cuti
SENARAI KEMUDAHAN YANG BOLEH DISEWA
*Dewan, Pentas, Gelanggang Badminton, Gelanggang Basketball
*P.A Sistem
*Bilik Mesyuarat
*Kerusi (Kegunaan di dalam dewan sahaja)
*Padang Bola
DOWNLOAD : Maklumat Kadar Sewaan ________________________________________________________
Sila hubungi kami untuk sebarang pertanyaan tempahan sewaan.
Bahagian ini menerangkan beberapa soalan lazim yang sering diutarakan oleh pelanggan dan orang awam terhadap jabatan kami:
Lebih LanjutJabatan sangat mengalu-alukan maklum balas dari pihak anda. Langkah mudah skrol ke bawah dan masukkan cadangan / komen.