PERKHIDMATAN PERMOHONAN LESEN DAN PERMIT
1. Syarat - Syarat Kelayakan untuk memohon Lesen dan Permit di Lembaga Bandaran Kudat :
*Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
*Warganegara Malaysia, penduduk tempatan atau penduduk tetap.
2. Syarat Lesen :
*Dibayar berterusan tanpa tertunggak.
*Tidak boleh ditukar milik.
*Pemeriksaan Kesihatan (jika perlu)
*Mematuhi undang-undang kecil yang berkaitan.
03. Pembatalan Lesen boleh terjadi sekiranya :-
*Gagal menjelaskan lesen mengikut masa yang ditetapkan.
*Tidak menjalankan perniagaan.
*Tidak mematuhi aturan atau syarat.
04. Kesalahan berniaga tanpa lesen yang sah boleh mengakibatkan :-
*Boleh dikenakan kompaun.
*Barang yang diniagakan boleh dirampas
*Tindakan Mahkamah boleh dikenakan.
05. Sesiapa yang didapati menjalankan apa jua jenis perniagaan tanpa lesen boleh dikenakan tindakan mengikut Undang -Undang Kecil Lembaga Bandaran Kudat di bawah:
*Undang - undang kecil (Premis makanan dan minuman )
*Undang - undang kecil (bangunan)
*Undang - undang kecil (Pasar)
*Undang - undang kecil (Penjaja)
*Undang - Undang kecil (Tamu)
*Undang - undang kecil ( Hotel dan Rumah Tumpangan)
*Undang - undang kecil (Besi Buruk)
*Undang - undang kecil (Offensive Trade)
*Undang - undang kecil ( Dobi )
*Undang - undang kecil ( Dairies & Dairyman )
06. Cara memohon lesen dan permit :-
*Dapatkan borang di kaunter bayaran.
*Lengkapkan beserta dokumen ( jika perlu)
*Pemeriksaan ke lokasi / premis / bawa ke mesyuarat (jika perlu)