PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB JABATAN




OBJEKTIF UTAMA JABATAN
*Menjaga kebersihan persekitaran bandar
*Mewujudkan infrastruktur perniagaan seperti pasar, gerai dan lain-lain kemudahan untuk masyarakat perbandaran.
*Merancang pembangunan dalam kawasan percukaian Kudat
*Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.
*Menyediakan kemudahan sosial seperti pusat sukan, tempat rekreasi untuk dinikmati oleh rakyat.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________

BAHAGIAN PENTADBIRAN
*Pengurusan pentadbiran
*Pelantikan, pemberian taraf pekerja berpencen
*Pengendalian buku rekod, perkhidmatan SM2
*Pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, opsyen
*Melaksanakan pekeliling kemajuan pentadbiran awam dari semasa ke semasa

BAHAGIAN KEWANGAN
*Pengurusan Kewangan
*Pungutan Hasil
*Perbelanjaan
*Merekod hasil dan perbelanjaan
*Penyediaan anggaran tahunan dan penyata kewangan
*Melaksanakan arahan perbendaharaan dan Arahan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan dari semasa ke semasa

BAHAGIAN KEJURUTERAAN
*Pelaksanaan Projek
*Penyelenggaraan (Maintanenance)
*Memproses pelan pembangunan dan pelan bangunan
*Menguatkuasakan undang-undang kecil bangunan dan ordinan perancangan Bandar dan Wilayah dan lain-lain peraturan yang di wujudkan dari semasa ke semasa

BAHAGIAN KESIHATAN DAN KEBERSIHAN BANDAR
*Mengawal kebersihan bandar, tamu dan pasar
*Mengutip dan membuang sampah
*Melaksanakan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961

BAHAGIAN PENGUATKUASA
Menguatkuasakan undang-undang kecil Anti Sampah Sarap, penjaja, pasar, kawalan binatang, konssevenssi dan hygiene, iklan, hotel, lorong dan tempat awam, perdagangan ofensif, dasar pembentungan, rumah-rumah Setinggan dan lain-lain yang berkaitan yang di wujudkan dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut

PIAGAM PELANGGAN LEMBAGA BANDARAN KUDAT
*Memberi perkhidmatan yang berkualiti adil, cekap dan amanah dengan mengamalkan layanan 4s ( Senyum, Salam, Sabar & Sopan ).
*Mengutamakan kepentingan awam dari kepentingan peribadi.
*Melaksanakan dan menguatkuasakan semua undang – undang kecil dan peraturan – peraturan demi menjamin pengawalan pembangunan yang teratur dan alam sekitar yang bersih serta indah.
*Memproses dan meluluskan semua jenis permohonan lesen pelan, mengurus semua pembayaran dan penerimaan dengan cepat dan cermat tertakluk ianya memenuhi semua keperluan yang ditetapkan.
*Menyiasat dan mengambil tindakan serta aduan yang diterima dalam masa yang berpatutan / munasabah.
*Berusaha untuk memperbanyakkan kemudahan awam dan projek sosio ekonomi untuk dinikmati bersama.
*Berusaha menjayakan segala program kerajaan yang disalurkan kepada Lembaga Bandaran Kudat dengan penuh komitment.
*Mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dengan menyumbang segala tenaga dan daya fikir kepada usaha mengangkat martabat Lembaga ke tahap yang berdaya maju dan lebih bersaing.
*Berusaha memastikan ia bebas daripada sebarang unsur – unsur negatif yang menjatuhkan dan menjejaskan imej LBK.
______________________________________________________________________________________________________________________________________________