Perutusan

Maklumat lanjut

Semasa bertaraf Majlis Daerah Kudat , kuasa yang diberikan meliputi Daerah Kecil Banggi, Pekan Sikuati, Matunggung, Kota Marudu dan Tandek. Pada awal penubuhan Majlis Daerah Kudat beroperasi dibangunan Pejabat Daerah Kudat. Pada sekitar akhir tahun 1975, apabila Dewan Tun Mustapha (ketika itu Dewan Masyarakat Kudat) telah siap dibina secara rasminya Pejabat Majlis Daerah Kudat berpindah ke Pejabat baru sehingga kini.

Kawasan Daerah Kudat dibahagikan kepada empat (4) bahagian iaitu :-
Bahagian Bandar (kawsan Percukaian = 2,667 ekar
Bahagian Bandar = 21,887 ekar
Bahagian Desa = 293,531 ekar
Bahagian Laut = 172,800 ekar

Kegiatan utama ekonomi penduduk daerah Kudat tertumpu kepada sektor pertanian dimana seluas 54,723 Hektar adalah kawasan tanah yang sesuai untuk pertanian. Daripada jumlah tersebut dianggarkan lebih kurang 32,960 hektar telah diusahakan untuk pelbagai tanaman yang berorientasikan tanaman jangka pendek dan jangka panjang.

Sektor perikanan juga memainkan peranan utama suber pendapatan penduduk kudat dimana sektor ini ialah penyumbang kedua terbesar selepas pertanian. Sektor ini dilihat semakin berkembang dengan wujudnya beberapa kilang yang mengusahakan industri perikanan. Hasil perikanan kebanyakkannya di eksport ke negara-negara luar seperti Taiwan, Jepun, Hong Kong dan lain-lain lagi.

Lembaga Bandaran Kudat diketuai oleh Pesuruhjaya merangkap Pegawai Daerah Kudat dan dianggotai seramai 20 orang ahli yang dilantik oleh Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri Sabah. Ahli-ahli yang dilantik adalah bertanggungjawab ke atas hal-hal yang berkaitan dengan dasar-dasar Lembaga serta terlibat dalam proses membuat keputusan.


SENARAI AHLI MAJLIS LEMBAGA BANDARAN KUDAT
( NOVEMBER 2020 SEHINGGA NOVEMBER 2022 )

1. ENCIK HAJI HARUN BIN BIDIN
2. ENCIK MARTIN BIN MAJIMIL
3. ENCIK WENFREE BIN OPINSUM
4. ENCIK FAZUL RAHMAN BIN LOLONG
5. ENCIK RUSLEE BIN JAYA @ A.G. JAYA
6. ENCIK AKRAM BIN HAJI ISMAIL
7. ENCIK AZRY BIN HUSSIEN
8. ENCIK JACK SOON YU YUEN
9. ENCIK LEE SIP KIM
10.PUAN SARABANUN BT. ABDUL RAHMAN
11.PUAN CHRISCYLDA GEORGE
12.PUAN NORLIZA BINTI DATUK HAJI GURAHMAN
13.ENCIK MARIUS BIN MASAIN
14.ENCIK JOHN JONIUS BIN YAGA
15.PUAN RELI ANGATANG
16.ENCIK ZULKIFLIE BIN NORDIN
17.ENCIK JULIAN BIN JOE OJIHI
18.ENCIK JAMES @ KADAI BIN AKAK
19.PUAN AMINIAH @ DAYANG ANINIAH BINTI ASMARA